About Me

Friday, April 27, 2018

...review novel JAMPI...

fuhhhh...
nak menunggu respon dan review pembaca memang mendebarkan. 
sebab novel JAMPI novel genre seram pertama saya.
so saya rasa nervous sangat. 


ini komen pertama yang saya terima review novel JAMPI. 
daripada zawieyah zaki. 
dia ni memang pembaca tetap novel-novel saya sejak novel pertama lagi. 
alhamdulillah... 
saya paling happy bila yang baca novel saya kata tak boleh nak stop. 
ahahhahaahaa... 
dan yang paling buat saya suka, percubaan saya menulis novel genre seram membuatkan dia keseraman.
yelah... dia kan sebelum ni biasa baca yang cintan-cintun.
ehehehhee...


ini pula review kedua yang saya terima. 
daripada siti nur insyirah pamela. 
dia pertama kali baca novel saya. 
lega seamat amat lega baca komen dia. 
rasa nak melompat sampai langit. 
ehehhehehee... 

sesiapa yang nak review novel saya, saya alu-alukan. 
tak kisah la nak komen ke, nak kritik ke..
saya terima dengan hati terbuka. 
so sudi-sudi la dapatkan novel JAMPI ni. 
terima kasih. 

~end~


Thursday, April 26, 2018

...PBAKL 2018 kembali...


pencinta buku adalah orang yang paling gembira apabila pesta buku besar-besaran ni diadakan.
pesta buku antarabangsa kuala lumpur!
bermula dari 27 april sehingga 6 mei 2018.
bertempat di PWTC KL.
seperti biasa karangkraf wajib ada. 
dan seperti biasa, karangkraf berada di dewan tun dr ismail.
kali ni apa yang menarik?


semestinya ada novel seram saya yang terbaru berjudul JAMPI. 
dan ada novel-novel saya yang lain jugak. 


pada hari sabtu 28 april 2018 ada pelancaran novel thriller terbaru ramlee awang murshid. 
jam 4.00 petang. 


pelancaran produk terbaru keluar alaf 21.
3 buah novel sekaligus. 
pada hari selasa 1 mei 2018 jam 2.00 petang.


baucer diskaun sebanyak RM25.00, RM10.00, RM5.00 dan RM3.00 untuk buku-buku terbaru keluaran karangkraf. 
TERMASUK novel seram JAMPI jugak!! 
kena bawa keratan baucer ni untuk dapatkan diskaun lagi. 
nak print baucer ni boleh klik sini: bit.ly/baucarkarangkrafpbakl2018
boleh print black & white. 
hanya sah di dewan karangkraf di PWTC dari 27 april hingga 6 mei 2018 saja.

jika membeli pada hari jumaat, sabtu, ahad dan 1 mei:
- pembelian melebihi RM100 dalam satu resit dapat rebat RM10.
- pembelian melebihi RM200 dalam satu resit dapat rebat RM20.

jika membeli pada hari isnin hingga khamis:
- pembelian melebihi RM100 dalam satu resit dapat rebat RM5.
- pembelian melebihi RM200 dalam satu resit dapat rebat RM25.



novelis genre cinta yang akan berada di sana nanti. 
semuanya hebat-hebat belaka. 


novelis genre seram & thriller. 
ramai yang turun padang. 


sesi sharing kisah seram bersama novelis pun ada. 
kalau nak tahu kisah seram novelis naim tamdjis, zaifuzaman ahmad dan a. darwisy kena la datang. 


ini novel-novel terbaru daripada alaf 21 yang wajib dibeli. 
semua novel, buku, majalah, al-quran.. ada diskaun yang mencairkan hati. 
tak kira yang lama atau yang baru.
so masa ni la nak memborong banyak. 
sebab setahun sekali je kan? 


yang penting ada manifesto karangkraf yang menjanjikan keselesaan dan kebahagiaan untuk semua. 
karangkraf tak pernah tak tunaikan janji tau. 
bukan sekadar janji-janji palsu. 
ehehheehee..

insya Allah saya ada di dewan tun dr ismail PWTC pada 27, 28, 29 april. 1, 4, 5 dan 6 mei.
jumaat - sabtu - ahad - selasa - jumaat - sabtu - ahad. 
kita jumpa kat sana nanti. 

~end~

Tuesday, April 24, 2018

...PRU14 nak undi siapa...

SPR dah umumkan 9 mei 2018 tarikh untuk mengundi.
maka kita yang dah layak ni kena la jalankan tanggungjawab 5 tahun sekali. 
saya akan mengundi di layang-layang, johor. 
insya Allah.

persoalan yang melanda ramai orang ketika ini ialah nak undi siapa? 
nak undi parti apa?
bagi yang masih percaya pada kerajaan sekarang tak ada masalah. 
pangkah saja barisan nasional. 
tapi yang masih keliru nak mengundi, merasa perlu menukar kerajaan, mula rasa percaya dengan pakatan harapan...
ini ada tips daripada saudara arif nasir untuk anda ikuti. 













negara kita ni negara demokrasi. 
kita berhak memilih siapa yang layak semasa mengundi. 
sebab ini hak kita. 
dan saya kongsikan jugak pick up line PRU. 

me: you tau tak kenapa i tak suka politik?
you: nape ek?
me: buat apa nak suka politik kalau i dah suka u. 
---
P: awak mengundi pilihanraya umum nanti di mana?
L: di mana tempat awak mengundi, di situlah pilihan saya untuk beraya nanti.
---
apa beza PRU dengan AWAK?
PRU menentukan masa depan negara. 
AWAK menentukan masa depan saya. 
---
teringin nak jadi ketua negara.
tapi menjadi ketua keluarga dalam family kita lebih bermakna untuk saya. 
---
saya tak kisah kalau tak menang mana-mana kerusi dalam parlimen. 
asalkan saya dan awak duduk atas kerusi masa kat pelamin nanti.
---
tak kisah siapa yang awak pilih untuk jadi menteri.
asalkan awak pilih saya untuk jadi surihati.
---
saya tak kisah kalau diorang nak pacak bendera parti masing-masing sampai lewat malam.
tapi saya takkan sesekali membiarkan awak lama terpacak menanti kehadiran saya.
---
you mengundi DUN mana? 
I DUN, want to lose u. 
---
I BNasib baik je, Mah. 
walaupun DAPat bertanding, tetap i PKR hati u yang masih belum dapat i tandingi. 
masih ada kerusi kosong untuk i duduk dalam hati u or u dah PAS kat org lain? 
---
pilihanraya ni yg paling tak boleh percaya cikgu-cikgu. 
hari-hari cakap kat budak:
"MASUK BARISAN! MASUK BARISAN!"

tapi masa exam cakap:
"PASTIKAN PAS! PASTIKAN PAS!"

kalau tak PAS dia cakap lain pulak.
"takpe, kita masih ada HARAPAN. cuba lagi."
---
walau I busy kempen PRU... 
PKRan I tetap pada you.
---
saya tak tahu calon pilihan awak di hari undi nanti. 
tapi saya harap saya tetap jadi pilihan di hati awak sampai mati.
---
PRU dah nak dekat ni. 
tapi awak tak dekat-dekat lagi dengan saya.
---
saya rasa saya tak perlu bertanding untuk jadi YB. 
sebab bila awak ada awak dengan saya, saya sudah jadi YB... Yang Bahagia. 
---
menang pilihan raya, dapat Malaysia lima tahun. 
menang hati saya, dapat dunia bahagia awak selama-lamanya. 
---
kalau you bertanding, I takkan pangkah you. 
sebab I tak nak you jadi X i. 



















eheehheehe... 
selamat mengundi. 

~end~

Tuesday, April 17, 2018

...novel terbaru MURNI AQILA...



memperkenalkan novel terbaru saya.. JAMPI..!!
rasa bahagia je bila akhirnya dapat pegang novel terbaru sendiri. 
ehheehee..

novel genre seram bertajuk JAMPI akan berasap di kedai-kedai buku berhampiran anda tak lama lagi.
jaga-jaga.

sinopsis novel JAMPI:
Sejak tinggal di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, hidup jadi Dahlia huru-hara. Dia sering diganggu ‘sesuatu’. Apabila Dahlia mengadu pada Zairi, suaminya itu langsung tak percaya. Yang menghairankan, hanya Dahlia diganggu di rumah itu. Perangai Zairi turut berubah. Setiap hari Zairi balik lewat malam. Hubungan mereka tak lagi mesra. Dahlia kecewa apabila dapat tahu Zairi kembali bercinta dengan Reeha, bekas kekasihnya.

Lebih menghairankan, Dahlia terdengar bunyi pelik dari rumah jirannya, Ana. Wanita yang tinggal sendirian itu berwajah hodoh dan berperangai pelik lagi misteri. Dahlia keliru. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Rumah itukah yang berhantu... atau ada ‘cerita’ lain tentang Zairi, Reeha dan Ana?

“Dalam rumah ni, macam-macam bunyi saya dengar. Semua yang pelik-pelik saya dengar setiap malam. Sampai saya tak boleh nak tidur. Saya jadi takut, jadi tak tentu arah kat rumah ni.” – DAHLIA

“Kalau bukan suami kau, maknanya bekas kekasih suami kau tu sebenarnya yang buat kau. Dia yang sihirkan kau!” – ANA

“Jiran baru kenal sehari dua dah percaya bulat-bulat. Kenapa senang-senang percaya dengan orang yang baru kenal?” – ZAIRI

“Aku cuma nak ambil balik hak aku, Dahlia.” – REEHA


-*-*-*-*-*-*-

nak baca secara percuma boleh klik sini.
nak beli novel ni boleh whatsapp ke www.wasap.my/+60192297227. atau klik sini: https://mall.karangkraf.com/jampi.html

~end~

Friday, April 6, 2018

...novel TERBARU siti nur dhuha...



novel terbaru sahabat saya... siti nur dhuha.
CINTA TAK SENGAJA

tempoh pre order dari 5 April sehingga 20 April.
Harga buku termasuk pos
RM31 (S/M)
RM35 (S/S)

100 pembeli terawal mendapat
*free gift
*tandatangan
*coretan kenangan dari penulis
*percuma pengeposan untuk belian 3 buah ke atas bg mana2 karya Dhuha.
*boleh bayar harga booking sementara tunggu gaji. (separuh dari harga buku)
*buku dapat insyaAllah hujung bulan April.

JADI ANTARA YANG TERAWAL MILIKI NASKHAH INI
Tekan link wasap ini untuk berhubung dengan Dhuha: www.wasap.my/60166187343

SINOPSIS:

Dalam satu kejadian tersilap masuk bilik hotel, telah menemukan Fieza Eviena dan Raja Irwan Afenddi. Eviena telah menyangka, dirinya telah dinodai oleh Raja Irwan Afenddi atau lebih gemar digelar sebagai Raja Ferdy.

Bermula dari situ, si gadis itu mula memburu Raja Ferdy untuk memperisterikannya. Namun Raja Ferdy bukanlah calang-calang lelaki. Beliau adalah anak pemilik syarikat penerbitan terkenal dan berpengaruh. Manakan Raja Ferdy sudi menjadikan Eviena, seorang gadis biasa sebagai bakal isteri Raja Ferdy.

Kerana satu insiden, Eviena muncul di sidang media dan mengaku di hadapan wartawan bahawa mereka akan berkahwin tidak lama lagi, membuatkan Raja Ferdy semakin berdendam. Rancangan untuk menganiaya Eviena mula dirangka.

Rancangan bermula, Raja Ferdy berpura-pura mahu memperisterikan Eviena dan mengajak gadis itu bertemu dengan seluruh ahli keluarganya di sebuah kapal persiaran mewah. Sedang ‘ahli keluarga’ yang dimaksudkan oleh Raja Ferdy itu terdiri daripada staf-stafnya yang menerima bayaran untuk berkomplot dengannya. 

Raja Ferdy sebetulnya mahu mengenakan Eviena dengan meninggalkan Eviena di tengah-tengah lautan. Raja Ferdy telah memberikan minuman yang memengsankan Eviena, lalu gadis itu dialihkan ke dalam sebuah bot di tengah lautan itu. Malangnya, sewaktu Raja Ferdy ingin kembali ke kapalnya, Raja Ferdy telah ditinggalkan oleh semua staf syarikatnya di atas arahan seseorang.

Apabila seorang lelaki dan wanita berdua-dua, yang ketiga adalah syaitan? Mampukah mereka berdua mempertahankan keimanan masing-masing?

“Di fikiran saya, hanya bernikah dengan awak sahaja jalan penyelesaiannya.” – EVIENA

“Kau tahu tak, kat luar sana berlambak perempuan yang tak suci. Sama ada mereka rela atau mereka dipaksa. Tetapi tak adalah mereka terdesak nak paksa lelaki bertanggungjawab macam kau ni.” - RAJA FERDY

hmm... best kan sinopsis novel ni?
so cepat-cepat order novel ni di talian 016-6187343.

~end~

Wednesday, April 4, 2018

...pre order novel JAMPI...



PRE ORDER NOVEL JAMPI DIBUKA SEKARANG...!!!

harga: RM31 (SM) & RM35 (SS) termasuk postage, free gift & signature. normal price RM23.

tarikh tutup: 11 APRIL 2018.
dan segala info ada di poster.
novel JAMPI ni genre seram ye.

bahagian depan bookmark. huarrghh!! monster datang nak gigit ni. ekkeekkee..

bahagian belakang ada ayat jampi. biar rasa suasana meremang sikit. herheerrr...

elok je monster corner bookmark ni tersemat di celah buku. 

gift kali ni monster corner bookmark yang acah-acah comel.
saya buat sendiri taw.
tak ada kat kedai dan tak ada lain kali.
masa pesta buku PBAKL atau mana-mana pesta buku pun saya tak buat.
hanya khas untuk pre order je.
so nak order boleh whatsapp/sms 010-5518501 sekarang sebelum terlupa dan sebelum tarikh tutup melabuhkan tirai!
nak baca novel ni secara PERCUMA boleh klik sini.

~end~