About Me

Friday, March 30, 2018

...nak HADIAH novel JAMPI?...



nak novel JAMPI secara PERCUMA?

sempena novel saya yg ke 10, 10 tahun saya bergelar novelis dan 10k view novel JAMPI kat portal ilham.. saya nak HADIAHKAN 10 novel JAMPI kepada 10 orang yg bertuah.

caranya: 
pergi ke facebook saya. like status saya paling atas dan mention nama 1 orang kat ruang komen. saya akan komen CLOSE bila-bila masa saja. 10 orang terakhir yg komen (tak termasuk nama yg di tag) akan dapat hadiah novel ni. nama selepas saya komen CLOSE tak akan dikira.

ingat tau.. saya akan CLOSE bila-bila masa. so apa lagi. GO!
-----

sinopsis:

Sejak tinggal di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, hidup jadi Dahlia huru-hara. Dia sering diganggu ‘sesuatu’. Apabila Dahlia mengadu pada Zairi, suaminya itu langsung tak percaya. Yang menghairankan, hanya Dahlia diganggu di rumah itu. Perangai Zairi turut berubah. Setiap hari Zairi balik lewat malam. Hubungan mereka tak lagi mesra. Dahlia kecewa apabila dapat tahu Zairi kembali bercinta dengan Reeha, bekas kekasihnya.

Lebih menghairankan, Dahlia terdengar bunyi pelik dari rumah jirannya, Ana. Wanita yang tinggal sendirian itu berwajah hodoh dan berperangai pelik lagi misteri. Dahlia keliru. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Rumah itukah yang berhantu... atau ada ‘cerita’ lain tentang Zairi, Reeha dan Ana?

“Dalam rumah ni, macam-macam bunyi saya dengar. Semua yang pelik-pelik saya dengar setiap malam. Sampai saya tak boleh nak tidur. Saya jadi takut, jadi tak tentu arah kat rumah ni.” – DAHLIA

“Kalau bukan suami kau, maknanya bekas kekasih suami kau tu sebenarnya yang buat kau. Dia yang sihirkan kau!” – ANA

“Jiran baru kenal sehari dua dah percaya bulat-bulat. Kenapa senang-senang percaya dengan orang yang baru kenal?” – ZAIRI

“Aku cuma nak ambil balik hak aku, Dahlia.” – REEHA

nak baca novel ni secara PERCUMA klik link ni: http://www.portalilham.my/karya/Novel/Seram-Misteri/y-gxf5M9SVQ/JAMPI

~end~

Wednesday, March 28, 2018

...novel seram JAMPI...


tada!

inilah cover novel JAMPI.
on tak on?
heheheee..

sinopsis:
Sejak tinggal di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, hidup jadi Dahlia huru-hara. Dia sering diganggu ‘sesuatu’. Apabila Dahlia mengadu pada Zairi, suaminya itu langsung tak percaya. Yang menghairankan, hanya Dahlia diganggu di rumah itu. Perangai Zairi turut berubah. Setiap hari Zairi balik lewat malam. Hubungan mereka tak lagi mesra. Dahlia kecewa apabila dapat tahu Zairi kembali bercinta dengan Reeha, bekas kekasihnya.

Lebih menghairankan, Dahlia terdengar bunyi pelik dari rumah jirannya, Ana. Wanita yang tinggal sendirian itu berwajah hodoh dan berperangai pelik lagi misteri. Dahlia keliru. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Rumah itukah yang berhantu... atau ada ‘cerita’ lain tentang Zairi, Reeha dan Ana?

“Dalam rumah ni, macam-macam bunyi saya dengar. Semua yang pelik-pelik saya dengar setiap malam. Sampai saya tak boleh nak tidur. Saya jadi takut, jadi tak tentu arah kat rumah ni.” – DAHLIA

“Kalau bukan suami kau, maknanya bekas kekasih suami kau tu sebenarnya yang buat kau. Dia yang sihirkan kau!” – ANA

“Jiran baru kenal sehari dua dah percaya bulat-bulat. Kenapa senang-senang percaya dengan orang yang baru kenal?” – ZAIRI

“Aku cuma nak ambil balik hak aku, Dahlia.” 
 REEHA

-*-*-*-*-*-

saya belum buka pre-order lagi.
so boleh la layan tengok cover dengan sinopsis dulu.
nak baca free klik kat SINI.
kalau nak novel JAMPI ni free pulak boleh stalk facebook saya.
dalam masa terdekat ni saya nak bagi novel free.
jaga-jaga...

~end~

Thursday, March 22, 2018

...nak novel FREE?...

saya nak bagi novel JAMPI free.

sempena novel ke 10 dan 10 tahun saya bergelar novelis... 
so saya nak bagi 10 buah novel JAMPI free pada 10 orang! 
siapa nak angkat tangan. 
hehehee..

tapi saya rasa nak tunggu view novel JAMPI kat portal ilham cecah 10K sebelum 1 april baru saya nak bagi novel free tu. 
kalau tak dapat cecah 10K view, saya jual je la 10 novel tu. 
ermm.. sedih.

so kalau nak novel JAMPI free, klik sini sampai jadi 10K view.
tengkiu3...

~end~

Tuesday, March 20, 2018

...SCHOLARSHIP lepasan SPM...

untuk student lepasan SPM. 
ni antara scholarship yang wajib korang apply.

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) invites qualified Malaysians to apply for scholarships to pursue study programmes.
CLOSE DATE: 22 MARCH 2018

Shell scholarship is open for application now. 
Send it around to SPM leaver.
The Shell Malaysia Scholarship Programme application opens annually from 25th of February to 25th of March.

Petronas   
Online Application System opens: 15 MARCH 2018
Online Application System closes: 22 MARCH 2018

Yayasan TM 2018 is now open to all applicants with the following qualifications:
 + SPM 2017
 + STPM
 + Diploma
 + Matriculation
DEADLINE: 31 MARCH 2018

good luck!
~end~

...kenapa TULIS novel seram?...

ramai yang tanya saya.
"kenapa buat novel seram?
dah tak buat novel cinta lagi ke?"

sebenarnya camni..
saya buat novel genre seram sempena novel ke 10 dan 10 tahun saya bergelar novelis sejak tahun 2008.
alhamdulillah...
so novel seram ni kira special edition la.

takde niat pun nak mencabar, nak bersaing atau mengganti mana-mana novelis genre seram yang lain.
saya masih lagi menulis novel cinta lepas ni.
saya cuma harap semua sudi menyokong saya sampai bebila.
muah ciked.

~end~

Monday, March 19, 2018

...novel SERAM...

ada sejambak berita gembira nak bagi tahu ni.
novel seram saya akan terbit bulan 4 nanti untuk pesta buku KL..!!
suke tak..? eksaited tak..?
eheehheehee...

tajuk novel saya yang ke 10 ni ialah
JAMPI.

on tak on?
ahahhahahaa..
harap semua suka la hendaknya. 

nak baca secara online tak?
saya belanja baca novel ni di portal ilham.
boleh la klik kat sini.

moga hasil karya saya kali ni juga mendapat tempat di hati pembaca.
amiinnn...

~end~