About Me

Monday, December 31, 2018

...selamat tinggal 2018...



6 tahun yang lalu...

ketika pelancaran 5 novel saya, saya tak sangka mampu menyiapkan kelima-lima novel tu. sebab bukan mudah nak siapkan sebuah novel. lebih-lebih lagi novel solo. novel saya ada yang setebal 700 mukasurat pulak tu! 😅

walaupun ada yang meremehkan minat, usaha dan sumber saya mendapatkan rezeki ni.. saya tak pernah peduli kutukan orang. lebih baik fokus pada yang positif, yang bagi kata-kata semangat dan yang beri dorongan. disebabkan itu saya terus menulis menghasilkan novel yang terbaik sehingga sudah ada 10 buah novel kesemuanya. alhamdulillah.

2018.. segala suka duka yang dilalui mematangkan diri saya. memori bertemu dengan mereka yang membaca novel-novel saya akan jadi memori terindah. saya rasa sangat bertuah kerana ada yang sudi menghargai bakat dan hasil karya saya selama ini. saya akan terus berusaha menghasilkan lebih banyak novel lagi.

ya, saya dah bersedia menempuh perjalanan 2019.

😘

~end~

Friday, December 28, 2018

....siapa yang fitnah Mahsuri?...

Bila sebut Mahsuri apa yang terintas dalam fikiran anda?
Langkawi. Sumpahan. Fitnah. 

Ya.. orang Melayu tak terlepas daripada FITNAH. Dan ini kisah seorang Mahsuri binti Pandak Mayah. 

Kira-kira dua abad dahulu, di sebuah kampung yang terletak di Mukim Ulu Melaka tinggal 1 keluarga tiga beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, si isteri Mak Andak Alang dan bersama seorang anak bernama Mek Yah. Keluarga miskin ini mencari sumber rezeki dengan cara pertanian.

Nasib keluarga ini mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Tiba-tiba hujan lebat. Jadi dia singgah sekejap di pondok lama yang ada di situ. Ketika berada dalam pondok itu dia terdengar bunyi tangisan bayi.

Dia memandang ke seluruh tempat di dalam pondok itu hendak mencari di mana kanak-kanak itu tetapi tidak ada tanda-tanda ada manusia di mana-mana pun. Satu benda luar biasa yang dilihatnya di dalam pondok itu hanyalah sekeping kerak nasi di atas lantai pondok tersebut.

Diambil sedikit kerak nasi itu kerana hendak diperiksa. Dia berasa takjub kerana dengan serta-merta tangisan kanak-kanak itu berhenti. Sebab tu orang dulu-dulu kalau makan biar sampai habis. Kalau tak, nasi menangis.

Dalam masyarakat Melayu petani, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati. Isterinya memberitahu bahawa mengikut kepercayaan orang tua-tua, tangisan bayi seperti itu ialah tangisan 'semangat buah padi'.

Sejak hari itu, Mak Andak Alang selalu mencampurkan kerak nasi itu dengan nasi yang ditanak. Kehidupan keluarga Pandak Mayah semakin berubah semenjak mereka makan nasi yang bercampur dengan kerak nasi itu. Rezekinya mula bertambah dan isterinya hamil lagi.

Apabila tiba masa, Mak Andak Alang pun melahirkan bayi perempuan yang comel dinamakan Mahsuri. Apabila Mahsuri berumur seminggu, Pandak Mayah bermimpi bahawa dia hendaklah membawa anak itu mandi di sebuah kolam yang tak jauh dari rumahnya. Dia pun pergi.

Bak kata orang rezeki anak itu luas. Maka dengan izin Tuhan dia jumpa batu kemenyan. Masa tu batu kemenyan ni sangat mahal. Jadi, dia pun menjual batu kemenyan itu. Hasil jualan batu itu membuatkan dia jadi kaya-raya.

Apabila Mahsuri meningkat remaja, rupanya sangat cantik dan ramai orang datang ke rumahnya membawa hadiah. Sebagai seorang gadis yang telah membesar dengan adab, dia pandai melayan tetamu yang datang serta bertimbang rasa dengan semua org.

Pada masa itu tidak ada perempuan yang boleh menandingi kecantikan Mahsuri di seluruh Pulau Langkawi itu. Rupanya yang sangat cantik, kulitnya mulus, pipi pauh dilayang, bibir merah delima merekah, rambutnya yang ikal mayang menjadi idaman setiap orang.

Pada masa itu Langkawi telah diperintah oleh seorang pembesar yang dianugerahi oleh Sultan dengan gelaran Dato' Seri Kerma Jaya dan isterinya bernama Mahura. Apabila Dato' itu mendengar cerita tentang Mahsuri dan peri kecantikannya serta budi bahasanya itu, beliau tergoda.

Apabila Dato' itu sampai di rumah Pandak Mayah, didapatinya Pandak Mayah dan isterinya tidak ada di rumah. Yang ada cuma Mahsuri seorang. Dia pun membuka pintu dan memberitahu Dato' itu bahawa ibu dan bapanya tak ada di rumah dan akan balik senja kelak.

Dato' itu mengatakan bahawa dia tak dapat menanti dan akan datang sekali lagi pada suatu hari kelak.

Dato' itu telah tertarik oleh budi bahasa dan kecantikan Mahsuri dan dengan serta-merta timbullah dalam hatinya bahawa dia ingin mengambil Mahsuri untuk dijadikan isteri. Tapi Mahura membantah dengan keras. 

Dato' Seri Kerma Jaya miliki seorang anak bernama Mat Derus. Setelah berbaik-baik semula dengan isterinya, Dato' itu berpakat dengan isterinya hendak meminang Mahsuri untuk anaknya itu. Mahura bersetuju.

Pandak Mayah serta isterinya telah menerima kedatangan orang-orang pihak Dato' itu mengikut adat istiadat dan mereka pun bersetuju atas peminangan itu. Tidak berapa lama kemudian majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran.

Selepas perkahwinan itu, sepasang suami isteri itu pun tinggal bersama-sama dengan aman sentosa dan rukun damai. Bulan berganti bulan, maka Mahsuri pun hamil. Suaminya Mat Deris telah pergi ke Siam kerana urusan perniagaan. Sebagai seorang pedagang, lama dia tidak pulang ke rumah.

Dalam masa Mat Derus tidak ada, datang seorang pengembara Melayu muda lagi miskin ke Langkawi. Namanya Deramang. Orang ini dilahirkan di Melaka. Dia mengembara ke seluruh Semenanjung sampailah ke Perlis. Dari Perlis dia menyeberang ke Langkawi untuk bersyair.

Deramang mempunyai suara yang sangat merdu, sangat pandai berpantun dan membaca cerita dalam bentuk prosa. Suatu hari dia datang singgah untuk berehat sebentar di rumah Mahsuri. Mahsuri kasihan melihatkan keadaan pengembara miskin ini, lalu mempelawa dia tinggal di rumahnya. Tapi dengan izin ibu bapanya. 

Deramang menerima pelawaan itu serta mengucapkan terima kasih kepadanya. Sebagai seorang yang celik huruf, Deramang ahli membaca hikayat dan syair. Pandak Mayah selalu meminta Deramang membacakan hikayat dan syair pada waktu malam di rumahnya.

Pada setiap malam Deramang akan bersyair dan bercerita. Orang-orang yang tinggal berdekatan di situ datang ke rumah Mahsuri mendengar syair dan cerita Deramang. Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Mayah sebagai tempat tumpuan ramai. Mahsuri juga seorang peminat setia Deramang.

Beberapa bulan kemudian Mahsuri pun melahirkan anaknya yang pertama seorang lelaki dan telah diberi nama Mat Arus. Disebabkan usianya yang baru lahir maka tidak banyak yang diceritakan tentang anak lelaki Mahsuri ini.

Oleh sebab baik budi dan ramah mesra Deramang dan Mahsuri, lebih ramai orang datang ke rumah Mahsuri dan sedikit sahaja yang datang ke rumah Dato' Seri Kerma Jaya. Kemahsyuran Mahsuri semakin melonjak kerana namanya sentiasa meniti di bibir mulut setiap orang.

Mahura berasa iri hati pada Mahsuri kerana namanya terkenal. Dia sentiasa terkenangkan niat suaminya yang pernah hendak memperisterikan Mahsuri. Hal tersebut telah menimbulkan perselisihan antara dia dengan suaminya itu.

Dia rancang nak memfitnah Mahsuri. Rencana FITNAH ini diatur dengan baik tanpa ada cacat cela.

Pada suatu malam Mahura meminta izin daripada suaminya Dato' Kerma Jaya hendak pergi ke rumah Mahsuri dengan alasan hendak mendengar Deramang bersyair dan bercerita. Dato' telah mengizinkan dia pergi. Dia pun berpura-pura pergi ke rumah Mahsuri.

Beberapa ketika kemudian, sebelum sampai ke rumah Mahsuri, Mahura berlari balik ke rumahnya dengan termengah-mengah serta menangis-nangis memberitahu suaminya bahawa dia telah melihat Mahsuri dan Deramang sedang bercumbu-cumbuan. Malah dia memberitahu Deramang memakai cincin pemberian Mahsuri.

Benar, Deramang ada memakai cincin. Cincin itu dihadiahkan kepadanya oleh Mahsuri dengan izin bapanya kerana menghargai jasa Deramang dalam menghiburkan hatinya dengan bersyair dan bercerita selama masa suaminya meninggalkan rumah begitu lama. Tetapi Mahsuri setia orangnya.

Apabila mendengarkan cerita Mahura itu, maka timbullah radang Dato' Seri Kerma Jaya. Keesokan pagi dia terus mengerah orang-orangnya untuk menangkap Mahsuri tanpa usul periksa. Dijatuhkan pula hukuman tanpa perbicaraan.

Hukuman bunuh menanti mereka berdua. Orang-orang Dato' Kerma jaya itu pun pergilah ke rumah Mahsuri di Mawat. Mereka dapati dia tidak ada di rumah. Dia telah pergi ke suatu tempat yang tidak jauh dari rumahnya sambil mendodoikan anaknya di dalam buaian di bawah sepohon kayu.

Orang-orang itu telah pergi ke tempat itu lalu berjumpa dengan Mahsuri. Dia diberitahu bahawa mereka telah diperintahkan oleh Dato' untuk menangkap dan membunuh dia kerana kelakuan sumbangnya bersama Deramang. Mahsuri terus dibawa ke suatu tempat bernama Padang Hangus. Ada yang kata Padang Masitat.

Mahsuri berasa hairan kerana pada malam itu Deramang tiada di rumah kerana keluar mengambil angin. Tetapi orang-orang Dato' Kerma Jaya tetap berkeras membawa Mahsuri ke sana atas perintah Dato' sendiri. Mahsuri tak mengerti mengapa dia dituduh sampai macam tu sekali.

Pandak Mayah sedang berada di dalam rumahnya mendapat khabar malapetaka yang menimpa anaknya itu. Dia pun bergegas membawa tujuh buah kereta lembu yang penuh berisi wang untuk menebus anaknya dengan harapan anaknya akan dikembalikan semula. Namun usaha itu turut gagal.

Perkhabaran berkenaan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas Mahsuri itu telah merebak dengan pantas ke seluruh kampung di mukim itu. Ramai orang telah membantah perintah tersebut. Tetapi apa pun tidak dapat memujuk hati Dato' itu mengubah keputusannya.

Beratus-ratus orang telah berhimpun di Padang Hangus hendak menyaksikan pelaksanaan hukuman bunuh itu. Di saat-saat genting itu, ada satu permintaan Mahsuri yang terakhir iaitu hendak menatap wajah anaknya buat kali yang terakhir. Tetapi Dato' Kerma Jaya tidak membenarkannya.

Hari hukuman telah pun tiba. Mahsuri diikat pada sebatang pokok asam jawa. Dua bilah lembing tajam digunakan. Apabila lembing ditikam ke tubuh Mahsuri yang lemah itu pada kedua-dua belah bahagian lembut bahunya, mata lembing yang tajam itu tidak dapat menembusi badannya.

Pada ketika itu, Mahsuri amat terseksa kerana menahan sakit lembing yang ditikam walaupun tidak lut. SeIepas segala percubaan yang gagal itu, Mahsuri memberitahu mereka bahawa jika mereka betul-betul hendak menjalankan hukuman membunuh terhadap dia, dia mempunyai sebilah lembing kepunyaannya sendiri di rumahnya dan senjata itulah sahaja yang boleh membunuhnya. 

Lembing tersebut dipercayai sebagai 'Lembing Sakti'. Maka perintah pun dikeluarkan untuk pergi mengambil lembing yang disimpan oleh Mahsuri tersebut di rumahnya.

Ramai yang memohon dan merayu supaya Mahsuri dilepaskan tetapi Dato' Kerma Jaya tetap dengan keputusannya itu disebabkan termakan hasutan Mahura. Dengan sekali tikaman maka dengan tiba-tiba keadaan yang cerah bertukar menjadi ribut. Angin bertiup marah. 

Suasana menjadi gelap dengan awan yang kian memberat airnya. Seperti mengetahui bahawa insan yang dianiya tersebut tidak rela menumpahkan darah di atas bumi Langkawi. Dengan siulan angin yang menggila semua orang menjadi panik. Air mata mula tertumpah di pipi si mulus itu.

Sekalian rakyat jelata di situ melihat darah putih memancut-mancut ke atas lalu terbentuk seperti payung di atas kepalanya. Peristiwa ini membuktikan bahawa dia adalah seorang wanita yang suci daripada dosa. Darah yang suci dari cemuhan sang pendosa. Suasana sangat sayu ketika itu.

Sebelum Mahsuri menghembuskan nafasnya yang terakhir dia sempat bersumpah dengan suara yang jelas bahawa disebabkan perbuatan mereka yang zalim ini, Langkawi tidak akan makmur dan tidak akan menikmati keamanan ibarat Padang jarang padang terkukur selama 7 keturunan.

“Wahai rakyat jelata, aku Mahsuri bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan dan aku haramkan darah ini mengalir di bumi Langkawi.” 

Deramang juga akhirnya dibunuh walaupun pada mulanya dia melawan. Beberapa tahun kemudian Langkawi telah diserang oleh Siam. Ramai rakyat yang telah ditawan dan dibinasakan oleh tentera-tentera Siam. Kesemua ahli keluarga Dato' Kerma Jaya dibunuh oleh tentera yang menyerang itu.

Dato' Kerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Dato' Kerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Mahura yang dirogol dan diseksa dengan kejam oleh tentera Siam.

Pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah berleluasa. Malah keadaan di Langkawi ketika itu betul-betul seperti padang jarak padang terkukur. Ini kerana apa sahaja tanaman yang diusahakan tidak akan menjadi kerana tanah menjadi rosak dan tidak subur.

Namun menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur dan mengalami sedikit perubahan ketika itu. Dipercayai disebabkan lahirnya keturunan ke 7 Mahsuri sekali gus menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas Pulau Langkawi.

Allah Maha Adil. Orang yang terania tetap terbela. Nama Mahsuri terus harum dan tidak menjadi bahan celaan. Semoga menjadi pengajaran buat kita yang masih hidup.

Inilah Keturunan ke-7 Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di Pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.




~end~

Thursday, December 27, 2018

...peluh di tangan bahaya?...

“Doktor, tapak tangan saya berpeluh banyak sangat sampai tak boleh buat kerja. Kenapa, ya?”

Ada tak sesiapa yang alami masalah macam ni?

Kondisi ini dinamakan hiperhidrosis, iaitu peluh berlebihan adalah keadaan di mana terdapat peluh di luar keperluan fisiologi badan. Kondisi ini tidak membahayakan nyawa, namun boleh memberi kesan yang ketara pada kualiti hidup individu yang mengalaminya.

Antaranya:
— Kerap mengelap tangan. 
— Sukar pegang barang, menulis dan bermain alat muzik. 
— Sukar beriadah atau bersukan. 
— Malu bersosial kerana badan dan ketiak berpeluh. 
— Bau busuk di bahagian ketiak dan kaki.

Hiperhidrosis ini mungkin disebabkan faktor keturunan. Lazimnya bermula ketika zaman kanak-kanak atau remaja. Ada sesetengahnya hilang setelah mencapai umur dewasa, namun ada yang berterusan hingga ke tua.

Apa puncanya?

*Hiperhidrosis Primer: Berlaku apabila sistem saraf simpatetik yang mengawal aktiviti kelenjar peluh terlalu aktif. Namun, punca ia berlaku masih tidak diketahui. Biasanya berlaku di tapak tangan dan kaki serta ketiak. Sesetengahnya di muka dan di belakang badan.

*Hiperhidrosis Sekunder: Berlaku disebabkan oleh penyakit seperti kencing manis, obesiti, hipertiroidisme, jangkitan seperti batuk kering (tuberculosis) dan kanser kelenjar limfa seperti limfoma. Secara amnya ia memberi kesan kepada seluruh badan.

Selain itu, ada beberapa pemangkin kepada kondisi ni:
— Tekanan emosi 
— Senaman
— Kepanasan/haba 
— Makanan pedas

Apakah pilihan rawatan yang ada?

*Ubat topikal antipeluh: Boleh guna spray antiperspiran dan deodoran komersial. Jika tak berkesan, gunakan aluminium klorida heksahidrat. Ia memerlukan penggunaan setiap hari untuk 7 hingga 10 hari terawal berturut-turut, kemudian sekali seminggu untuk mengekalkannya.

*Ubat makan antipeluh: Ubat antikolinergik berfungsi dengan menghalang aktiviti asetilkolina yang bertanggungjawab mengaktifkan sistem simpatetik. Ini akan mengurangkan penghasilan peluh. Contoh ubat antikolinergik: glycopyrrolate dan propantheline bromida.

*Iontophoresis: Ia adalah proses mengalirkan tenaga elektrik menerusi lapisan kulit menggunakan air sebagai medium. Pada awal sesi rawatan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit setiap 2 atau 3 hari. Selepas itu setiap sesi rawatan boleh dijalankan setiap 2 minggu.

*Suntikan Botulinum Toxin (botox): Rawatan ini melibatkan suntikan botox pada kawasan yang terlibat dan perlu diulangi setiap 4 hingga 5 bulan. Kesan daripada pengambilan botox termasuk rasa sakit dan lemah otot yang sementara.

*Pembedahan Simpatektomi Toraks Endoskopi (ETS): Prosedur ini dilakukan jika langkah-langkah yang lain telah gagal. Pakar bedah akan membuat belahan kecil di bawah ketiak dan memasukkan instrumen endoskopik khas ke dalam dada untuk memotong saraf simpatetik.

Jika anda ada tanda-tanda hiperhidrosis, jumpalah doktor. Doktor akan periksa punca anda mengalami hiperhidrosis dan kemudian mencadangkan rawatan yang sesuai untuk anda.

~end~

Thursday, December 20, 2018

...akibat percintaan tak direstu...



Ini kisah sedih Blanche Monnier, gadis Perancis keturunan golongan bangsawan yang dikurung oleh ibunya sendiri selama 25 tahun hanya kerana mak dia tak restu dia bercinta dengan peguam miskin yang tak sama taraf dengan anak dia.


Hanya kerana jatuh cinta pada orang yang tak sama darjat, sejarah hitam telah tercatat dalam perjalanan hidup seorang wanita bernama Blanche Monnier. Kisah ini berlaku pada abad ke-19 di Perancis.

Pada tahun 1876, Blanche Monnier berumur 25 tahun dan daripada golongan bangsawan jatuh cinta pada lelaki yang tak sama darjat dengan dia. Lelaki tu hanya peguam biasa dan berumur sikit dari usia dia.

Maka, Blanche nak kahwin dengan peguam tu. Tapi mak dia tak suka dengan lelaki tu. Bagi mak dia, peguam tu dahlah tua, ada legal firm pun hampir nak muflis. Kira mak dia tak restulah hubungan mereka.

Tiba-tiba Blanche hilang tanpa khabar berita. Mak Blanche dengan adik-beradik Blanche siap berkabung lagi atas kehilangan si Blanche. Tapi lepas tu masing-masing move on dengan life mereka macam biasa. Blanche hilang tanpa khabar selama 25 tahun.

Rupa-rupanya mak Blanche yang mastermind selama ni. Dia sekeluarga simpan rahsia yang satu kota Paris tak tahu, mak dia sendiri yang sebenarnya kurung anak dia. Sebab tak nak anak dia kahwin dengan peguam miskin tu.

Mak dia kurung dia dalam bilik kecik selama 25 tahun! Hiduplah Blanche dalam keadaan depression, dipenuhi dengan tahi dia sendiri, tikus dengan kutu!

Tapi akhirnya terbongkar rahsia mak Blanche! Pada 23 Mei 1901, pejabat guaman jeneral di Paris dapat surat misteri. Surat tu tak ada tandatangan, tak ada nama pengirim. Bagaikan ada 'seseorang' tulis surat tu dan beritahu yang sebenarnya Blanche hilang sebab mak dia sendiri yang culik dan kurung dia.



Dalam surat tu ditulis begini: "Saya mempunyai kehormatan memaklumkan tentang kejadian yang sangat serius. Saya bercakap tentang seorang wanita yang belum berkahwin yang dikunci di rumah Madame Monnier dalam keadaan hampir mati kelaparan dan tinggal dengan sampah tercemar dan dalam kotorannya sendiri sejak 25 tahun."

Lepas baca surat tu, polis terus siasat keluarga Monnier. Polis serbu rumah Monnier dan jumpa satu pintu kat tingkat atas macam stor. Bila buka kunci pintu, semerbak bau busuk!

Polis terkejut bila jumpa seorang wanita yang sangat kurus, lemah dan tidak berdaya di atas katil yang bersepah dengan makanan dan najis. Sebab dah lama tak tengok cahaya, dia macam tutup mata dia dengan tangan sebab terlalu silau. Bayangkan selama 25 tahun tak pernah tengok cahaya matahari.





Inilah rupa Blanche Monnier ketika dijumpai dalam bilik kecik tersebut. Daripada gadis cantik dah macam si Valak dalam movie The Nun. Blanche Monnier ditemui di dalam bilik sempit, katilnya ada makanan, najis dan tikus. Dia mengalami masalah malnutrisi yang serius sehingga beratnya hanya tinggal 55 pound. 

Mak Blanche terus kena tangkap dengan polis. Satu Paris terkejut sebab mak Blanche ni aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan. Siap menang anugerah dari Committee of Good Works kerana sumbangannya yang besar pada Paris. Tak sangka langsung dia buat macam tu pada anak dia sendiri.

Lepas 15 hari dipenjarakan, mak Blanche meninggal dunia. Siap masuk surat khabar lagi berita pasal Blanche Monnier yang ditemui dalam keadaan sadis.








Seorang saksi menyifatkan penemuan itu sangat mengerikan. "Wanita malang itu ditemui dalam keadaan telanjang di atas tilam jerami yang busuk. Di sekelilingnya terbentuk semacam kerak dari najis, serpihan daging, sayuran, ikan dan roti busuk," beritahu saksi itu.

Selama 25 tahun, Blanche diberi makan sisa makanan keluarga dia. Baik mak, baik adik-beradik semua menghukum Blanche atas sebab dia tak nak putuskan hubungan dengan peguam miskin tu. Walaupun kekasih Blanche dah mati, mak dia tetap kurung si Blanche sebagai hukuman.

Kalau tak kerana surat tu, mesti sampai mati Blanche duduk dalam bilik tu terkurung. 

Inilah Blanche selepas diselamatkan, ditempatkan di Sanitarium. Blanche menderita gangguan emosi dan psikologi disebabkan dikurung dan diseksa oleh mak dan adik-beradik dia sampai ke akhir hayat.




Sedih kan cerita ni? Sanggup mak kandung buat anak sendiri macam ni. Kejam betul. Sehingga kini tak dapat dipastikan siapa yang menulis surat kepada polis itu. Agak-agak siapa ya? 

~end~

...apa nak buat jika kanak-kanak tantrum?...

Tantrum adalah tingkahlaku agresif dan tanda "mengamuk" seseorang kanak-kanak apabila berlaku sesuatu.

Kenapa budak tantrum? Macam mana nak handle?

Apa yang kita patut elak buat bila dia tengah tantrum? Apa teknik psikologi kita boleh guna?

Tantrum biasa berlaku pada kanak-kanak umur 1-4 tahun yang melibatkan perasaan marah, kecewa, berguling, menjerit dan sikap negatif lain.

Biasanya, tantrum terjadi sebab:
1. Kanak-kanak tu nak kawalan pada sesuatu tapi tak dapat.
2. Kanak-kanak tu belum matang untuk ekspresikan rasa tak puas hati.

Kanak-kanak masih belajar untuk kawal dan uruskan emosi. Dia tak dapat nak nyatakan rasa hati, jadi dia kecewa dan marah.

Sebab kurangnya kosa kata untuk luahkan perasaan ni, maka dia akan tunjuk dengan tindakan fizikal dan verbal.

Tantrum ada dua jenis:
1. Internalised - merajuk, menyendiri, mengada.
2. Externalised - agresif, baling barang, jerit, guling.

Lain kanak-kanak, lain personalitinya. Maka cara tantrum pun berlainan. Tapi konsepnya tetap sama iaitu belum matang untuk ekspresikan rasa hati.

Jangan tertukar antara tantrum dan meltdown. Meltdown lebih pada situasi kanak-kanak yang ada kecelaruan perkembangan (e.g. Autisme), di mana otak dia terima input deria yang terlalu banyak (sebab ada sensory hypersensitivity) sehingga overwhelming dan dia "breakdown". Sensory overload.

Tak semua kanak-kanak ada tantrum. Tapi kalau berlaku, ia normal dalam perkembangan kanak-kanak.

Tantrum akan berkurangan seiring umur meningkat sebab semakin pandai urus emosi.

Tugas ibu bapa, keluarga dan guru adalah untuk memastikan beri respons tantrum mereka dengan betul.

Cara untuk kendalikan tantrum kanak-kanak:
1. Jangan beri perhatian/fokus pada tingkah laku negatif dia (guling, jerit dan lain-lain)

"Jangan menjerit boleh tak?"

"Apa baling-baling ni?"

Elakkan.

Fokus pada kenapa tantrum dan cuba fahami apa yang berlaku, apa yang dia nak sampaikan.

2. Jangan layan tantrum dia. Jangan beri benda positif untuk tenangkan atau distract.

Contoh:
Bila mengamuk, bagi favourite toy supaya dia tenang.

NO! JANGAN SESEKALI!

Nanti dia fikir cara untuk dapatkan sesuatu yang dia suka adalah dengan tantrum. "Negative reinforcement".

3. Jangan tinggikan suara atau marah dia pada tindakan negatif dia. Sebab nanti dia akan jadi lagi marah dan kecewa.

Detik tantrum ialah detik yang penuh emosi. Apa yang kita larang memang takkan masuk telinga. 

4. Beri dia masa untuk bertenang dan lega dulu. Baru kita tegur.

Melainkan dia dah sampai tahap membahayakan diri (hantuk kepala, baring bawah panas dan lain-lain) barulah kita masuk campur.

Kalau tak, biar je dulu, bagi dia peluang untuk tenangkan emosi dia. Peluang untuk dia belajar.

5. Duduk dengan dia dan ajak berbual selepas dah tenang.

Waktu ini, barulah rasional boleh masuk kepala dan bincang baik-baik. Dan waktu ini baru boleh tegur pasal tingkah laku negatif/agresif dia tadi. Bukan dengan nada marah, tapi dengan nada mendidik.

6. Kalau boleh, peluklah untuk bantu dia tenangkan diri dan dapatkan kehangatan kasih sayang. Belailah rambut. Ciumlah pipi.

Bagi mereka sedar yang mereka dihargai. Kita acknowledge rasa tak puas hatinya itu. Then perbincangan tu akan jadi lebih baik dan terkesan di hati dia. 

Yang penting, perlu sentiasa belajar dan belajar ilmu parenting, sebab tak ada satu cara pukul rata untuk semua.

Ilmu keibubapaan ialah seni.

*ilmu ni dikongsikan oleh pakar psikologi saudara Aiman Amri atau Aiman Psikologis. Menarik kan? Boleh follow beliau di facebook atau twitter.

~end~

...senarai 49 top companies..


Sedang mencari kerja?

Ini senarai 49 top companies & email untuk anda hantar resume.













Tapi nak email resume ada adab dan etika. Jangan main hantar je. 

Pastikan anda beri salam, kenalkan diri, bagitahu tujuan hantar email, jawatan yang mahu dipohon dan ucap terima kasih. Jangan lupa lampirkan resume anda yang lengkap bergambar. Yang penting sertakan nombor telefon. 

Moga ada rezeki untuk anda.

~end~

...passport hilang?...

Kalau tengah cuti kat overseas dan apabila berlaku kehilangan passport antarabangsa, JANGAN PANIK!

Hubungi kedutaan/embassy Malaysia kat tempat kita hilang passport, buat laporan polis dan dapatkan Emergency Certificate untuk balik ke Malaysia.

Emergency Certificate ni macam passport sementara untuk membolehkan kita terus balik ke Malaysia. Mana-mana negara yang kita lalu untuk balik, kena nyatakan di situ.

Setiap embassy ada emergency phone number. So malam-malam pun mereka bantu kalau jadi sesuatu yang tak baik berlaku di malam hari. 

Langkah terbaik sebelum pergi overseas, simpan siap-siap nombor telefon embassy di setiap negara yang kita nak pergi sebagai persediaan awal.

Pengalaman hilang passport kat luar negara memang menyeramkan. Moga kita semua dijauhkan dari peristiwa ini. 

Selamat bercuti ke luar negara. 

~end~

Wednesday, December 19, 2018

...coverage telco paling power...

Sebelum nak guna atau tukar line telco, cuba tengok coverage dulu.

Takut nanti dah beli tapi line hampeh pulak kat tempat kita tu. Buat rugi je. 

Antara celcom, digi, umobile dan maxis... telco mana paling bagus coverage dia? 

Kalau nak check coverage kat tempat anda, boleh download apps speedtest sama ada kat google play atau di app store.

~end~

...ini bahaya pada bayi...

Bayi kecil tak sesuai bawa masuk wayang. Sistem pendengaran tak matang lagi.

Untuk pendengaran bayi, 85db pun dah tinggi untuk keselamatan dia. 140db tu pain threshold untuk orang dewasa. Bukan safe level for hearing. Boleh refer CDC/NIOSH untuk penjelasan lebih lanjut.

Hair cells tak boleh regenerate kalau dah rosak. Dalam wayang, 1-2 jam tak sesuai untuk bayi. Sedangkan continuous exposure to 90db noise pun dah possible to cause hearing damage.

Kanak kanak bawah 12 tahun sistem ketahanan badan tak kuat lagi. Nak bawa ke mana mana sahaja tanpa fikir cepat kena jangkitan tu, tak digalakkan.

Apatah lagi bawa lepak mamak sampai tengah malam.

Kita sendiri tahu mamak ni 'open air'. Ramai hisap rokok apa semua. Melainkan pergi mamak hipster macam Teh Tarik Place tu.

Asap rokok tak sama seperti konsep vaksin. Anak boleh dibiarkan bermain pasir semua, tak ada masalah. Tapi tidak untuk terdedah kepada asap rokok.

Secara general bukan asap rokok yang menjadi masalah. Tetapi partikel selepas merokok. Partikel tu yang akan stimulate hipersensitiviti seseorang kalau terkena kulit sekalipun. 

Selagi bayi tak dapat vaksin yang sepatutnya pada umur yang sesuai, dia masih cenderung untuk dapat jangkitan kuman/virus yang lain.


Sumber: twitter Dr. Aen Saari

~end~

...nampak sama tapi bukan dia..

selama ni banyak benda yang kita fikir sama tapi sebenarnya berbeza.

moga selepas ni kita tak salah lagi.

~end~

...lelaki paling ramai bunuh diri?...

Lelaki selalu disuruh jangan menangis. Lelaki tak patut menangis. Lelaki patut kuat. Lelaki patut tabah.

Kadar bunuh diri yang paling tinggi adalah dalam kalangan lelaki. 

Kenapa?

Pembunuh lelaki yang paling tinggi di U.K. adalah bunuh diri. Seramai 6,000 orang British yang bunuh diri, 75% daripada mereka adalah lelaki.

Bukan di U.K saja, di seluruh dunia macam tu. Nisbah bunuh diri di Rusia adalah setiap seorang wanita yang bunuh diri bersamaan dengan 6 orang lelaki yang bunuh diri.

Nisbah di Poland pula setiap seorang wanita, 7 orang lelaki bunuh diri. Latvia pun mempunyai nisbah macam ini.

Hasilnya, purata seluruh dunia, setiap wanita yang bunuh diri, 2 orang lelaki yang bunuh diri.

Kalau dilihat pada sudut masalah mental seperti kegelisahan (anxiety) dan kemurungan (depression), wanita dilaporkan mempunyai kadar penghidapnya yang paling tinggi berbanding lelaki.

Tetapi kenapa pula kadar bunuh diri dalam kalangan lelaki lebih tinggi berbanding perempuan? Ada banyak teori.

Tapi teori yang menarik perhatian adalah lelaki telah dididik supaya menyembunyikan kesedihan dan kelemahan emosi mereka. Teori maskuliniti.

Apabila lelaki kemurungan, kemurungannya sukar dijejak kerana disembunyikan sedalamnya dan dibiarkan tidak dirawat.

Lelaki tak bercakap apa yang berlaku pada jiwa dan emosinya.

Sejak lahir lagi, lelaki digambarkan sebagai besar, kuat dan kental. Lelaki diberitahu, "Lelaki tak boleh menangis!"

Waktu kecil kalau menangis digelar "gembeng" ataupun diherdik "lelaki pun menangis ke?"

Pernah dengar perempuan kena sentimen dan ejekan macam itu?

Lelaki dipuji dan disanjung apabila dilihat berani dan kuat. Apabila meningkat dewasa lelaki takut untuk menunjukkan sebuah ketakutan dan kelemahan.

Apabila meningkat dewasa, lelaki mempunyai kecerdasan emosi yang rendah. Emosi yang senyap. Sebab itu menurut bancian, lelaki adalah yang paling cerdik mengawal emosi mereka dalam apa jua keadaan.

Bagi lelaki, apabila mereka mula meluahkan perasaan dan merungut, ia merupakan 'taboo' yang paling besar dalam sosial.

Itu benda yang perempuan buat. Beremosi-emosi adalah benda yang perempuan buat. Bukan lelaki. Sangat memalukan bagi lelaki apabila buat benda-benda macam ini.

Bila dah ada anak nanti, lelaki akan mula rasa tak selesa apabila anak-anak menangis. Tak selesa kerana menangis kelihatan lemah bagi anak-anak lelaki.

Kitaran ini berulang-ulang.

Apabila lelaki mula membunuh dirinya. Pelbagai kejutan yang berlaku. Orang akan rasa pelik.

"Dia itu nampak gembira aje tengok. Tak sangka bunuh diri."

"Aku tak sangka pula selama ini dia murung."

Baiklah, lelaki. Mulalah menangis. Ia bukan tanda kelemahan. Ia menunjukkan kita ini manusia. Merungutlah kalau perlu, kita ada hak. Ia bukan tanda kelemahan. Ia tanda luahan emosi. Tanda kita beremosi.

Menangislah, lelaki!


sumber: Zamir Mohyedin

~end~

Friday, November 2, 2018

...jualan gudang KARANGKRAF akhir tahun...

setiap hujung tahun memang inilah yang ditunggu-tunggu pencinta buku.

bermula 2 november sehingga 11 november terjahlah ke pekarangan karangkraf sebab semua buku murah giler!

poster rasmi jualan gudang akhir tahun karangkraf 2018

ada apa dengan jualan gudang akhir tahun karangkraf? inilah dia...

boleh dapat voucher percuma KFC. caranya mudah saja. voucher ni terhad je. siapa cepat dia dapat.

nak dapat diskaun RM5 lagi. guna voucher ni. dah la beli buku semua murah. dapat lagi diskaun dengan voucher ni. syarat-syarat tertera di voucher.

temu mesra dengan novelis-novelis genre cinta. termasuk saya. hehehee..

temui jugak novelis-novelis seram thriller.

antara pakej-pakej yang memberi nilai pada wang anda. menang membeli, menang memakai.

jika ada yang bermurah hati nak menyumbang buku ke sekolah. 50 naskhah RM50 sahaja. wowww.. 

cara-cara boleh rujuk poster di bawah. simple je.

seronok kan? memang patut serbu jualan gudang kali ni. harga sangat murah tak boleh dibawa bincang.

so jangan lupa datang okey?

~end~

...tadika ASTAS bangi...

sahabat saya ada membuka tadika di bangi iaitu ASTAS BANGI. tadika ni antara yang terbaik di malaysia dan banyak cawangan. bolehlah mendaftarkan anak di sini. 

*_*_*_*_*_*

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. 

Berita baik bagi 20 ibu bapa yang mendaftar awal bagi tahun 2019 di ASTAS BANGI. 

Yuran tahunan akan mendapat pengurangan sebanyak 30% dan yuran bulanan hanya RM440 dari pukul 7 pagi hingga 7 petang.

untuk pakej lengkap kami boleh berhubung terus dengan 017-3445528. 

Tempat adalah terhad. Jom daftar bersama kami!

boleh rujuk poster untuk keterangan lanjut. 

~end~

Tuesday, September 25, 2018

...novel adaptasi drama murah...

HURRAY WEEK! 🎉

Kepada semua penggemar novel yang diadaptasi kepada drama, kini anda berpeluang menikmati harga istimewa sempena HURRAY WEEK!

Layari laman sesawang https://www.karangkrafmall.com/hurray-hurray.html untuk pembelian secara online.

FREE SHIPPING untuk pembelian LEBIH RM100.

FLAT RATE postage RM4.00 untuk pembelian bawah RM100.

Tarikh promosi bermula pada 24 - 28 September 2018!

~end~

...kanser hidung...

satu malaysia terkejut bila dikhabarkan tentang dato' lee chong wei menghidap kanser hidung. 

jom kita kenal kanser pangkal hidung atau juga dipanggil  nasopharyngeal carcinoma (NPC).

Kanser pangkal hidung (NPC) merupakan kanser hidung yang terjadi di bahagian nasofarinks, berdekatan pangkal tengkorak. Ia kerap dihidapi oleh kaum Cina. Mengikut data kanser malaysia (2007-2011), NPC menduduki tangga ke-5 selepas kanser payu dara, usus, paru-paru dan lymphoma.

Faktor risiko adalah disebabkan oleh keturunan (kaum cina) dan jangkitan virus Epstein Barr. Amalan gaya hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti sayur-sayuran atau ikan kering juga penyumbang kepada kanser ini. Kaum Bidayuh di Sarawak juga berisiko menghidap NPC.

Gejala utama NPC adalah bengkak di leher (tidak sakit,~ 60%). Selain itu pendarahan hidung atau hidung tersumbat dan kurang pendengaran sebelah telinga juga antara gejalanya. Jika anda mempunyai bengkak leher lebih dari 3 minggu segeralah berjumpa doktor untuk siasatan lanjut.

Untuk dapat kepastian jenis kanser NPC itu, biopsi tisu atau ketumbuhan dalam hidung di bahagian nasofarinks adalah perlu. Biasanya prosedur ini dilakukan di klinik ENT dengan bius setempat kecuali ada rintangan tertentu pesakit, maka prosedur dilakukan di dewan bedah bius penuh.

Rawatan kanser NPC ini bergantung kepada tahap kanser itu dijumpai. Secara umumnya, rawatan utama adalah radioterapi & kemoterapi. Pembedahan sangat jarang diperlukan kecuali dalam kes-kes tertentu.

Kadar kelangsungan hidup (prognosis) 5 tahun adalah sangat bagus jika dikesan & dirawat awal. Untuk kanser tahap 1, 80-90%, kanser tahap 2, 70-80%, tahap 3, 40-60% dan tahap 4, 40% (jika belum lagi merebak ke kawasan lain).

moga DLCW kembali sihat dan bebas dari kanser. 

~end~

Tuesday, September 4, 2018

...ada apa dengan TELEGRAM...

Telegram lebih best berbanding Whatsapp.

nak tahu sebab apa?

Telegram ni sama je macam Whatsapp. 

tapi satu kelebihan dia ialah kalau send image melalui Telegram, kualiti image tu akan terpelihara which mean apa yg dihantar itu la yang diterima. 

Tidak seperti Whatsapp yang akan mengecilkan size gambar menjadikan gambar tu low quality sikit atau tak berapa sharp. 

Selain itu di Telegram jugak terdapat banyak channel (bukan group) yang sangat berguna untuk dapatkan pelbagai info seperti movie, lagu, kerja kosong mahupun kata-kata hikmat.

Lagi satu bila guna Telegram kita akan ada username sendiri. So tak payah nak save number phone orang yang kita nak chat tu. Just search dia punya username. Sama jugak kalau nak search channel atau group.

Telegram punya sticker comel-comel. sebagai contoh daripada asyik gelak 'hahaha' sesekali boleh gunakan sticker untuk ekspresikan perasaan anda tu.

ni semua intro je. 

Sebenarnya point utama yang nak dicerita ialah berkenaan Telegram Bots. Bot? Bukan bot yg dekat sungai tu tau. Jangan tanya sebab saya sendiri pun tak tahu nak define bot ni macam mana. Tapi inilah yang menjadikan Telegram sangat menarik.

Dalam bahasa mudah, bot ni macam satu program computer yang menjalankan sesuatu tugas secara automatik berdasarkan arahan tertentu yang kita bagi. Penggunaan dia pun senang, macam kita chat dengan someone yang virtual. Just type instruction dan dia akan reply.

1. Gamee

@gamee adalah bot untuk kita main game. Ada bermacam jenis game dalam tu dan boleh pilih untuk main secara solo atau with friends. Even game dia biasa-biasa bukan macam ML atau PUBG, tapi sangat berguna bila hampa berada dalam ceramah atau lecture yang sangat membosankan.

2. otouto

Walaupun nama dia macam aleuto, tapi @mokubot ni memiliki fungsi yang banyak. Antara fungsi yang terdapat di dalamnya ialah urban dictionary, google translate, weather, world time, wikipedia & berbagai lagi. kita hanya perlu masukkan command mudah seperti yang telah ditetapkan.

3. VKM Bot

Bagi penggemar music, mesti suka dengan @vkm_bot ni. Tak payah dah nak install spotify, joox dan sebagainya. Hanya taip tajuk lagu atau penyanyi dan dia akan senaraikan lagu yang berkaitan. Pilih dan tekan play sahaja.

4. PhotosetterBot

@PhotosetterBot ni sangat sesuai digunakan oleh student yang malas nak menulis nota. Bot ini boleh convert tulisan di dalam image ke bentuk text. So kalau malas nak taip balik, just snap atau screenshot dan biarkan bot ni tolong taipkan.

5. Voicy

@voicybot ni pulak boleh convert voice message atau audio files kepada bentuk text. So kalau tengah chat dengan member tapi malas nak taip, boleh sebut ja apa yang nak ditulis dan dia akan convert ke text.

6. Skeddy

@SkeddyBot ni pulak sesuai untuk orang yang mudah lupa. Kiranya bot ni untuk buat reminder tapi dalam bahasa mudah dan flexibel. Contoh: just send 'Tengok cake dalam microwave every 10 minutes', so dia akan text remind setiap 10 minit sampai selesai.

7. Exactly

@ExactlyAppBot ni benda yang boleh manfaatkan untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris. kira ni ialah english dictionary yang boleh memberi definition sesuatu perkataan. Sangat sangat recommended, umpama kamus oxford yang tebal tu dalam phone hampa. 

8. Text to Speech Bot

@TextTSBot ni pulak untuk convert text ke bentuk audio. So kalau ada perkataan berbelit-belit dan tak tahu nak sebut macam mana, just taip dan send pada dia nanti dia reply dalam bentuk audio. Bot ni pun bagus untuk mantapkan lagi english kita atau bahasa lain.

9. Movies Tracker Bot

untuk kaki movie pulak boleh jadikan @movieS4Bot sebagai rujukan untuk dapatkan info berkaitan filem yang kita nak. Maklumat filem dalam ni diambil dari IMDB. So boleh la nak baca dia punya info, pelakon, plot, rating dan poster.

10. Trending 🔥 

@NowTrendingBot ni memaparkan apa yang sedang trending di hampir 45 buah negara dan pelbagai platform seperti twitter, youtube, google, vimeo dll. Yang mana kita berminat, just tekan untuk tengok dengan lebih mendalam.

11. PandaiBot

Seperti namanya jugak, @pandaibot ni adalah bot versi malaysia yang memiliki pelbagai fungsi menarik dan berguna. Dalam banyak-banyak bot, ni yg aku paling suka sebenarnya. Antara content dia ialah semak tracking number, cuaca, waktu solat, kamus, quote, teka-teki, pickupline, harga minyak, daftar pemilih spr, blacklist ptptn tukaran mata wang dan macam-macam lagi.

12. Telegram Store Bot

ni yang last sekali, @storebot ni memaparkan bot-bot yang terdapat dalam telegram. boleh search based on category yang kita nak. mungkin beratus lagi bot ni.

sekian saja. 

harap dapat manfaatnya. 

~end~