About Me

Monday, July 31, 2017

...my secret HUSBAND...

tahniah buat sahabat saya Siti Nur Dhuha...
dia dah terbitkan sebuah lagi novel yang gerenti meletop macam novel-novel dia sebelum ni.
novel akhir sebuah cinta, cinta untukmu, hingga ke akhirnya, my love playgirl... antara yang pernah menggegarkan peminat novel.
novel ke-9 yang terbaru ni diberi tajuk My Secret Husband.




ni sinopsis novel ni:
Atas dasar simpati, Aifa Asyikin sanggup berkahwin dengan Ryan Danish walaupun penampilan Ryan sangat 'klasik'. Disebabkan itu Aifa terpaksa menyembunyikan status perkahwinannya daripada pengetahuan orang.

Dalam melayari bahtera perkahwinan bersama suami rahsianya itu. Aifa saban hari pening kepala melayani sikap aneh dan 'jakun' Ryan. Ryan hanya mahu makan roti dan mempunyai tabiat mengikat straw pada rambutnya. Malah Ryan lebih selesa tidur di bawah katil sementara isterinya tidur di atas katil.

Aifa langsung tidak menyangka suami misterinya itu adalah pewaris harta pusaka arwah ayahnya, Zaid yang berjuta ringgit. Datin Syerina peguam ayahnya itu telah pecah amanah dan menukar segala harta milik Zaid kepada namanya. Sampaikan sanggup mengurung Ryan di bilik bawah tanah sehingga 23 tahun. Begitu kejam tindakan Datin Syerina.

Dapatkah Ryan merampas kembali harta milik Zaid? Bagaimana pula dengan Datin Syerina, dapatkah dia mempertahankannya? Apakah tindakan Aifa apabila mengetahui suaminya itu seorang jutawan. Semua akan terjawab dalam novel ini.

"Dengan ini saya lucutkan pangkat 'My Secret Husband'. Sekarang abang adalah 'My Unsecret Husband'. Saya takkan berahsia lagi kewujudan abang dalam hidup saya. Perubahan pakaian abang dan rambut yang tak ada straw sudah cukup mengembirakan." -Aifa

"Tak pernah dibuat orang bawa calon suami dalam bonet kereta. Kamu ni main-main atau serius Aifa."- Uthman

wahh.. baca sinopsis pun dah rasa menarik kan?
bakal terbit bulan Ogos ni.
so jangan lupa dapatkan novel ni di kedai-kedai buku.
gerenti puas hati.

~end~

No comments: