About Me

Thursday, May 5, 2016

... nak jadi NOVELIS part 6...

nak jadi novelis..?

ini STEP KEENAM: DUIT. 

step terakhir yang melengkapkan langkah demi langkah persediaan untuk menghasilkan sesebuah manuskrip.

apa saja yang kita hadapi dalam dunia ni, guna la 'DUIT' untuk selesaikannya.
bukan duit wang harta.. tapi D.U.I.T. 

  • D = DOA (mohon dikurniakan idea yang bernas, kesihatan yang baik supaya boleh menulis, dimurahkan rezeki yang berkat & macam-macam lagi yang diinginkan)
  • U = USAHA (buat rangka manuskrip, rajin membaca, suka mengkaji)
  • I = IKHTIAR (buat manuskrip sungguh-sungguh, attend bengkel penulisan untuk asah lagi bakat, tak malu tuntut ilmu dengan sesiapa saja)
  • T = TAWAKAL (berserah dan percaya dengan sepenuh hati pada Tuhan. soal rezeki hanya Dia yang lebih mengerti apa yang terbaik untuk kita. yang penting jangan berhenti berdoa)

saya share beberapa doa yang boleh diamalkan.

baca doa ni setiap pagi. lepas solat subuh baca ni. mudah-mudahan setiap hari bermula dari pagi hingga ke malam kita diberkati Allah.

sifat malas ni kalau dah merasuk dalam badan, satu benda yang kita dah plan takkan jadi punya. sifat ni la yang menjahanamkan kita. setan pulak suka orang yang pemalas. so baca doa ni banyak kali. insya Allah...

ada masa kita rasa tertekan. ada masa berlaku writer's block. ada kala rasa letih tak cukup masa. ingat la.. kita ada Allah. berdoa la pada-Nya. 

pernah tak rasa dugaan dan cabaran yang ada kala buat kita give up..? dah berbulan-bulan siapkan manuskrip, tetiba komputer jam! manuskrip dah siap tapi hilang dari komputer! semua ni di luar jangkaan. mohon la supaya Allah memudahkan urusan kita. Allah akan detikkan dalam hati kita lakukan sesuatu yang dapat mengelakkan masalah. insya Allah...

maka setelah siap manuskrip, hantar la ke mana-mana syarikat penerbitan dengan berlapang dada.
jika manuskrip tu kena reject, jangan patah semangat.
terima kritikan dan komen dengan hati terbuka.
kaji manuskrip tu dan cari kesilapan yang boleh diperbaiki.
belajar dan belajar lagi mengasah bakat.

dan jika manuskrip tu diterima untuk diterbitkan, jangan lupa ucap alhamdulillah.
teruskan belajar lagi untuk memantapkan manuskrip lain pulak.

sebenarnya banyak lagi yang saya nak kongsikan.
sebab bukan semuanya teori.
kena buat personal coaching yang memerlukan praktikal.
kalau ada yang nak panggil saya untuk bengkel penulisan, insya Allah saya akan pergi.
boleh emel saya di: murni.aqila@gmail.com

~end~

baca STEP PERTAMA klik sini.
baca STEP KEDUA klik sini.
baca STEP KETIGA klik sini.
baca STEP KEEMPAT klik sini.
baca STEP KELIMA klik sini.

1 comment:

as samsudin said...

D.U.I.T
InsyaAllah... thanks Moon atas perkongsian ni :)