About Me

Thursday, January 28, 2016

...part time EDITOR...

seronok rasanya bila buat kerja-kerja editing dengan layout ni.
dulu saya memang editor kat alaf 21.
saya amek keputusan berhenti kerja sebab nak fokus buat novel.
selain buat novel saya ada buat bisnes jugak.
so bila kerja, saya macam tak boleh nak buat 3 kerja.
rasa macam serabut kepala.
masa kerja teringat nak buat novel.
bila buat novel terfikir pasal kerja pulak.
tapi bila buat dua-dua tu, kepala otak menerawang mengenangkan hal bisnes.
sebab tu saya decide nak berhenti kerja.

tapi bila kak Hezzy Azra offer nak saya jadi editor cum designer antologi yang dia buat dengan kak Lynn Dayana & kak Dhiya Zafira... rasa excited pulak.
saya tak caj mahal pun.
harga kawan-kawan je. 
herherr...

maka saya buat semula kerja yang pernah saya tinggalkan 2 tahun dulu.
saya buat kerja part time editor.
saya masih ingat lagi ukuran page, margin, susun letak, susun atur semua details.
masih ingat lagi teknik-teknik mengedit, membaca dan sebagainya.

lalu terhasil buku Antologi Cinta Dia karya Hezzy Azra, Lynn Dayana & Dhiya Zafira.
mereka novelis yang dah tersohor dalam arena penulisan novel ni. 
masing-masing dah taraf prolifik.
so saya belanja sikit layout dan editing yang saya buat untuk buku antologi ni.



nama saya sebagai editor, tipografi & reka bentuk. cover pulak designer lain yg buat. ehehehheee...

intro page cerpen kak Hezzy Azra.

layout untuk cerpen kak Hezzy Azra. 

intro page untuk cerpen kak Lynn Dayana.

layout cerpen kak Lynn Dayana.


intro page untuk cerpen kak Dhiya Zafira.

layout cerpen kak Dhiya Zafira.

amacam layout saya?
cantik ke idookk..?
huhuhuu...

saya belanja gambar sikit-sikit je.
nak baca, bolehlah order terus dengan Hezzy Azra, Lynn Dayana atau Dhiya Zafira sendiri.
sebab buku antologi ni tak dijual kat kedai.
print pun tak banyak.
limited edition gitu.
kalau habis, memang takkan reprint lagi.
so cecepat la buat pre-order sebelum 5 februari nanti.

dan sesiapa yang nak part time editor yang boleh buat layout ni semua dengan harga kawan-kawan, bolehlah emel saya di murni.aqila@gmail.com.
(^____^)


~end~

No comments: