About Me

Thursday, October 29, 2015

...novel & majalah RM1 je...


novel saya ada 7 je. 
ni nak tanya ni. 
dah ada semua ke novel-novel saya..? 
yang tak cukup lagi koleksi tu... boleh la beli kat Jualan Gudang Karangkraf. 
bermula 30 OCT sampai 8 NOV 2015. 

serius harga semua buku & majalah murah namampuh..!! 
takkan dapat harga camni murah kat tempat lain.
serendah RM1 okey! 
so datang la kat SEKSYEN 15 SHAH ALAM yek..?

yang tanak beli novel saya tu... hati saya tacing ni. 
pai ati... pai ati...
sobb.. sobb.. sobb..

~end~

Thursday, October 15, 2015

...tol naik YEAHH...

arini 15 Oktober 2015 ari yang akan dikenang.
sebabnya arini la beberapa tol dinaikkan harga.
beberapa tol tu kedengaran cam tak banyak kan?
nah.... tengok la sendiri tol mana yang naik.
naik kaw kaw pulak tu!


terharu tengok kenaikan tol banyak sangat.
huhuhuu....
terima kasih PM yang sangat baik.
dia bagi BR1M (walau saya tak dapat pun).
dikenakan caj GST pulak.
dinaikan tol lagi.
harga minyak pun naik jugak.
caj penalty hilang IC pun sama naik.
hilang 3 kali kena denda RM1000. 
ringgit kita yang tinggi entah bila nak turun entah.
kes 1MDB tak selesai dah disuruh hentikan siasatan.
huhuhuu....

ni ada orang tulis status kat FB.
saya setuju bebeno apa yang dia tulis.


kaannn....?

~end~

Tuesday, October 13, 2015

...1 muharram DETIK PERMULAAN...

tahun 1436H dah sampai ke penghujung.
alhamdulillah... syukur sangat sangat.
esok kalendar beralih ke tahun 1437H pulak.
alhamdulillah... dapat merasa perubahan tahun demi tahun.

petang nanti lepas solat asar, kita disunatkan baca doa akhir tahun.
baca doa ni sebelum masuk waktu maghrib.
ni bacaan doanya:



lepas solat maghrib pulak, baca doa awal tahun.
doanya:



dan berazam la supaya tahun baru ni menambahkan lagi ketakwaan diri.
moga lebih banyak amalan sunat yang dilakukan disamping tak tinggalkan amalan yang diwajibkan Allah.
aminnn....

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

~end~

Monday, October 12, 2015

...jualan gudang akhir tahun KARANGKRAF...


jualan gudang karangkraf datang lagi....!!

ya Allah... seronoknya.

ingat lagi masa jualan gudang karangkraf pertengahan tahun.
buku & majalah yang harga RM1 tu bannnnnyaaaakkk giler kot..!
bukan setakat yang lama-lama, yang baru-baru pun ada yang harga RM1.
duhhh..... geram je tengok.
rasa macam nak beli semua.

so jangan lupa!
30 OKTOBER sampai 8 NOVEMBER 2015.
save the date. 
cuma nasihat saya elakkan datang hari-hari yang last.
konon nak dapat lagi harga diskaun yang tak masuk akal.
nope!
harga diskaun sama je. 
kang tak pasal-pasal buku & majalah dah tak banyak yang tinggal.
nyesal tak sudah pulak nanti.
herherrr....

insya Allah saya akan ada kat sana kalau nak jumpa.
saya ada pada 30 okt, 31 okt, 1 nov, 6 nov, 7 nov & 8 nov.
kiranya cuma hari jumaat, sabtu, ahad - jumaat, sabtu, ahad.

selain nak membeli-belah ada macam-macam aktiviti, barangan eksklusif dan hadiah untuk dimenangi.
so datang taw! 
kat Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
datang jangan tak datang!

ni saya belanja poster novel-novel alaf 21 sepanjang JANUARI - NOVEMBER 2015.
boleh la nak semak novel untuk tahun ni yang belum dibeli.
kalau tak nampak sinopsis novel, boleh klik kat gambar dan zoom.

(^____^)














~end~

Friday, October 9, 2015

...novelis di UniKL...



sempena pesta konvokesyen MFI-UniKL ni, 6 orang novelis Alaf 21 pun turun padang.
* fida rohani
* laila kamilia
* herna diana
* hezzy azra
* azilah wahab
* weeda airiza

bermula 8 OKT sehingga 10 OKT 2015.
iaitu hari khamis sampai hari sabtu.

biasa kalau konvo bagi bunga kan?
tu dah mainstream la. biasa sangat.
cuba cara yang rare.
bagi hadiah novel pulak la.
mesti akan dikenang sampai bila-bila.

so semua yang ada kat UniKL, bangi dan yang berdekatan, boleh la datang dapatkan novel-novel yang dijual kat sana.
novel semua murah-murah.
boleh dapat autograf novelis. 
nak bergambar dengan novelis pun boleh.

datang jangan tak datang...!!

~end~

Tuesday, October 6, 2015

...bidadari hati farhan NOVEL PLAGIAT...

PERHATIAN..!!

jangan beli novel ni.
novel bertajuk Bidadari Hati Farhan karya Fatimah Aznan.
novel ni terbitan BesQ.

novel plagiat. eiii.... tak malu ciplak novel orang!

kenapa saya tak bagi beli?
sebab novel dia ni novel plagiat! 
dia plagiat novel Lafazkan Cintamu karya Aida Adriani.

karya ori novel ori...

saya tak baca pun novel tu.
tapi ada orang lain dah baca.
dia kata 90% sama dengan novel asal.

tergamaknya Fatimah Aznan ciplak novel orang lain.
mungkin dia ingat novel asal yang dah terbit tahun 2006 orang dah tak ingat.
sebab tu dia berani tiru bulat bulat.
dialog, naratif semua sebijik!
cuma nama watak dengan lokasi je yang dia tukar.

tu apa namanya tu?
pencuri la tu!
dia buat macam dia sendiri punya idea.
lepas tu senang-senang dapat duit.

so please.... jangan beli novel dia tu.
kalau nak dakwa saya atas akta hasutan pun dakwa la.
jenayah plagiat ni lagi berat tau!
sebelum ada lagi novelis lain yang dianiaya, kita boikot la benda-benda plagiat ni.

penerbit Alaf 21 dalam usaha nak saman penerbit dengan penulis plagiat tu.
tunggu je la Fatimah Aznan nasib awak nanti.
berani buat berani la tanggung.
yer ke idok..?

~end~

Monday, October 5, 2015

...bowling tournament...

nak main boling dengan saya tak..?

* saya tak pilih yg terror main boling je.
* saya tak pilih yg hensem atau cun.
* saya tak pilih yg kaya berharta.

ewahh.... 

cam cari calon apa la pulak. 
huhuhuu..

wokeh..! 

sesape yang nak main boling.. bukan dengan saya je. 
dengan ramai lagi novelis alaf 21. 
boleh la daftarkan diri dengan novelis Hezzy Azra
pasal bayaran pulak boleh berurusan dgn novelis Herna Diana.

untuk info lanjut boleh baca poster ni. 
poster pasal tournament boling ni dah lengkap dah.


so daftar cecepat taw! 
sebab selain novelis, ada artis yang join main boling sekali. 
dah la hensem. 
popular pulak tu!
oopss..!! terlebih sudah. 
herherr.... 

nak tau siapa? 
nanti saya update lagi.

~end~

#novelis #novelisalaf21 #alaf21 #kelabalaf21 #tournamentbowling #bowlingtournament #putrajaya