About Me

Wednesday, September 26, 2012

...peraduan Click! Click! bersama muRni aQiLa...

Nak tahu lebih lanjut pasal peraduan ni?
Okey!
Sebelum tu kita tengok poster dulu.




Buat pertama kali Moon buat peraduan yang besar macam ni.
So Moon sangat sangat sangat sangat excited.
Moon buat peraduan ni bersempena novel ke-5 Moon yang akan terbit tak lama lagi. 
Hehehee.....

Kita tengok cara-cara penyertaan dulu. 
Apa-apa pun sebelum tu kena LIKE page Moon di FACEBOOK.
Lepas tu ambil keempat-empat novel Moon.
Mesti ada novel Sebutlah Namaku, Ucapkan Kau Rindu, Cinta Aku Seadanya & Ingat Janji Kita. Wajib!
Dah ada semuanya, suruh orang lain ambilkan gambar anda bersama novel-novel tu.
Atau anda ambil gambar novel-novel tu dengan sesiapa saja yang anda suka.
TAPI GAMBAR YANG DIEDIT TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Hehehee.....
Dah siap, upload gambar tu dan mesej kat page FB Moon dengan semua info yang Moon nak.
Gambar mesti tak kabur, kreatif dan tak kurang daripada 2MB saiznya.
Hantar sebelum 14 Oktober 2012.
So dari tarikh hari ni maknanya ada 19 hari.
Cukup la tu kan?

Lepas tu Moon akan pilih gambar-gambar yang menepati syarat.
Kalau boleh semua yang hantar tu Moon nak pilih semuanya.
Pada 17 Oktober 2012 hari Rabu Moon akan upload semua gambar terpilih di page FB.
Dan Moon serahkan pada semua yang ada untuk memilih gambar pilihan mereka yang dirasakan paling kreatif.
Ini bermakna gambar yang paling banyak LIKE akan dikira sebagai pemenang pertama.
Begitu juga dengan tempat kedua dan seterusnya sehingga ke tempat 30.
Tarikh tutup untuk sesi LIKE hingga 31 Oktober 2012.

Hadiah-hadiahnya anda lihat sendiri di poster.
3 hadiah utama gajet bersama novel terbaru Moon, T-shirt novel terbaru dan kalender meja.
Tajuk novel baru Moon SAS.
Nanti Moon akan umumkan tajuk penuhnya.
Untuk pengetahuan semua, kalender meja tu bukan sebarang kalender.
Kalender tu direka khas sebab di dalamnya akan memuatkan semua gambar pemenang.
Menarik kan?
(^_^)v

Anda boleh tengok gambar contoh di www.murniaqila.com.my.
Manalah tahu anda boleh dapat idea yang lagi kreatif.
Tak susah kan nak join peraduan ni?
So..... gud luck everyone.
Tak sabar nak jumpa dengan pemenangnya.

~end~

Friday, September 21, 2012

...Monday to Sunday...

Monday I'm waiting
Tuesday I'm still waiting to see
If you are fine
Wednesday you're still not here
Neither in the morning nor later
Thursday is also empty
Friday or Saturday or even Sunday
None of the day that I don't miss you
None of the day that you will come back
To be in our old days
The day that I met you
The day that I was close to you
The day that we held hands
The day that I loved you
The day that I spoke to you
The day that you listened to me
How long it will be like this?
I don't know
How many months or years?
How many billions of our past memory?
I never don't miss you















~end~

Thursday, September 6, 2012

...lama aku PENDAMKAN...

Bila dengar je lagu ni kat radio, Moon terus berangan nak masukkan lagu ni dalam blog.
Dan sekarang dah tercapai niat tu.
Tadaa.....

TEMAN PENGGANTI - BLACK FEATURING MALIQUE
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik juga bila mimpi
Aku nampak kau tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar sentiasa hadir
Ingat setiap ulang tahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung berkurung
Tubuh makin susut menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya kau cari teman pengganti

-*-*-*-*-*-*-

Pertama kali dengar lagu ni, Moon rasa suka.
Tapi bila tengok liriknya..... Moon terdiam.
Percaya tak?
Moon menangis teresak-esak dengar lagu ni sambil baca lirik dia.
Ya ALLAH..... (sambil kesat air mata)
Padahal Moon tak ada kena-mengena dengan lirik lagu tu.

Terdetik dalam hati.
Ini kisah benar Malique ke?
Sebab lagu dan lirik ni dibuat Malique sendiri.
Ramai yang tahu dia sakit walaupun penyakitnya dirahsiakan.
Masa dia kahwin tahun 2008, dia sangat kurus kering dan nampak tak sihat.
Dan sampai sekarang dia tidak pernah muncul di khalayak.
Kita cuma dapat dengar lagu dia.
Tapi tak pernah tengok dia nyanyi.

Sebab tu Moon rasa lagu ni kisah benar dia.
Dia dapat rasa yang dia akan pergi tak lama lagi.
Buktinya:
"Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan"

2 rangkap terakhir yang Malique nyanyi paling menyentuh perasaan.
Bayangkan perasaan si isteri yang membacanya.
Lirik ni cukup menggambarkan kesakitan yang dialami:
"Namun aku tetap murung berkurung
Tubuh makin susut menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri"

Apa pula kata si isteri bila dikatakan begini:
"Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti"
Mungkin 'majlis' yang dimaksudkan dia kenduri arwah untuk diri sendiri.
Pasti ia bukan perkara yang mudah untuk dihadapi.

Tapi seandainya tafsiran Moon ni salah, Moon minta maaf.
Apa-apa pun lagu dan lirik ni sangat terbaik.
Menyentuh jiwa hingga ke dasar yang paling dalam.
Orang kata apa saja yang kita buat dengan hati, pasti akan menyentuh hati orang lain.

Yang pasti lirik lagu ni tentang seorang suami yang sakit.
Dia dapat rasakan kematiannya akan tiba.
Dan bayangan masa depan si isteri bersama penggantinya terlayar di fikiran.
Kalau cerita ni dibuat novel dan digarap dengan baik, mesti dari muka surat pertama sampai habis asyik menangis je.
Huhuu.....

~end~