About Me

Sunday, September 26, 2010

...hiLanG & peRgi...


Masa bulan puasa Moon berbual di telefon dengan satu-satunya kakak yang Moon masih ada.
Perbualannya lebih kurang begini:

Kakak : Sedih tak raya nanti tak ada arwah Tini? Terasa tak, dik?
Moon : Sedih sangat, kak. First time dia tak ada dengan kita.
Kakak : Akak bila teringatkan dia, akak mesti menangis. Rasa macam tak percaya dia yang pergi dulu.
Moon : (Diam menahan sebak)
Kakak : Adik balik tak beraya rumah arwah?
Moon : Mestilah balik. Kesian kat anak-anak dia. First time dia orang beraya tak ada mak.
(Diam lagi. Teringat kenangan raya tahun lepas)
Moon : Tahun lepas kita bertiga beraya sakan. Tulah kenangan terakhir dengan arwah. Nasib baik kita ada ambil gambar bertiga. Kan kak?
Kakak : Baru akak teringat, dik. Kata orang-orang tua, tak baik bergambar ganjil. Kena genap. Tak boleh ambil gambar bertiga. Ada yang meninggal nanti. Menyesal pulak rasanya. (Sambil mengeluh)
Moon : Tak baik akak percaya benda-benda macam tu. Syirik, kak. Dah ajal dia dah sampai.
Kakak : (Terdiam seketika sebelum bersuara semula) Yalah... kita tak pernah bergambar tiga beradik. Bila dah bergambar, jadi macam ni pulak.

Moon tengok balik gambar-gambar raya tahun lepas. 
Dalam hati, Moon masih menafikan kepercayaan yang karut tu. 
Tak mungkin kerana bergambar tiga orang, salah seorangnya tak panjang umur. 
Mujurlah kitorang tiga beradik perempuan dalam keluarga ada bergambar bersama. 
Bukan banyak pun. Tiga keping je. 
Kalau tak, mesti tak ada kenangan dengan arwah.






















Tapi raya tahun ni, Moon langsung tak ada mood nak bergambar. 
Biasanya Moon yang paling suka mengusung kamera ke sana ke mari. 
Sama ada kamera digital atau kamera handphone... 
satu pun tak ada gambar raya Moon sekeluarga. Langsung tak ada. 
Entahlah... mungkin semangat tu hilang pergi bersama arwah.

~end~

Friday, September 17, 2010

...cinta AKU seadanya...


Salam Syawal.....
Hari raya kali ni Moon dapat hadiah.
Lebih bermakna daripada duit raya.
Tapi tak sangka Moon masih dapat lagi duit raya tahun ni.
Maknanya Moon masih remaja lagi la kan? 
Ahahaahaa......

Moon tak nak bagitahu berapa ratus duit raya yang Moon dapat. 
(Ceh! Tak nak bagitahu konon. Tapi siap sebut nilai pulak. Huhuu...)
Moon nak warwarkan hadiah yang diterima.
Tadaaa.....

SINOPSIS:
Andai manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi. 

Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya.

Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya. 

Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.

 ..............

Terima kasih pada sesiapa yang dah dapatkan novel ni.
Terima kasih juga pada yang dah komen kat Facebook.
Dan terima kasih kerana CINTA AKU SEADANYA.

~end~

Thursday, September 2, 2010

...ikHLasKan HaTi moHoN keMaaFan...

Perkataan yang paling cute ialah MAAF.
Tiga huruf je... tapi bila disebut, api yang menyala-nyala boleh jadi air batu.
Ajaib kan?
Kalau yang mendengar tak terasa apa-apa, kena siasat dalam hati dia.
Mungkin kat situ ada tabir hitam yang berselimut.
(Ngeri pulak ayat ni...)

Di kesempatan berada di bulan Ramadan yang mulia ni....
Dan bulan Syawal yang bakal menjelang....
Moon nak minta MAAF pada sesiapa saja yang mengenali Moon.
Setiap manusia tak terlepas buat salah dan silap.

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa.
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda.
Dalam berjanji mungkin masih ada yang belum dikotakan.
Dalam berbicara mungkin ada menyinggung rasa.
Jika ruang masih ada, KEMAAFAN jua yang Moon pinta.

Salam lebaran...
Moga Aidilfitri kali ini memberi keinsafan diri.

 
















~end~